Seperti yang dilaporkan oleh fotojournalis - Sdr Faqar di
http://faqar.blogspot.com/2013/12/sensitiviti-gender-hon-wai-bagus-chong.html
Sensitiviti gender Hon Wai 'bagus' - Chong Eng
![]() |
CHONG Eng (kanan) dan Lydia Ong Kok Fooi (kiri) dalam sidang media di Dewan Jamuan DUN Pulau Pinang, George Town pada petang tadi. |
MASALAH perceraian membabitkan lelaki di Pulau Pinang wajar mendorong Kerajaan Negeri memberi tumpuan pada gender itu, bukan kepada wanita sahaja.
Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air
Itam, Wong Hon Wai menasihatkan Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng supaya tidak mengabaikan lelaki semasa
pelaksanaan Bajet Bertanggungjawab Gender (GRR).
"Jangan pinggirkan lelaki dalam program-program
yang dilaksanakan.
"Saya meminta MMK Keluarga hendaklah memberi
fokus secukupnya terhadap kaunseling untuk lelaki dan wanita supaya kadar
penceraian ini di tahap yang minimum," ujar Hon Wai semasa membahaskan Bajet
2014 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dekat George Town pada petang
tadi.
Hon Wai mendedahkan, kadar penceraian
keseluruhan pada tahun 2011 sebanyak 4,434 kes dan 2012 (2,654 kes) dan setakat
September 2013 (2,270 kes).
Beliau berkata, kadar penceraian di Mahkamah
Shariah yang membabitkan pasangan Islam sahaja dicatatkan menurun, walhal, kes
penceraian di Mahkamah Tinggi yang membabitkan pasangan bukan Islam adalah
sebaliknya.
Hon Wai mendedahkan, kadar penceraian
membabitkan pasangan bukan Islam pada tahun 2011 sebanyak 1,087 kes dan 2012
(1,303 kes) dan setakat November 2013 (1,060 kes).
Selain itu, katanya, peranan yang dimainkan
oleh Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dilihat lebih menonjol
berbanding Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC), walhal lelaki juga
mempunyai peranan yang sama penting dalam struktur pentadbiran Kerajaan
Negeri.
Chong Eng, ADUN Padang Lalang dalam reaksi
spontan berkata, beliau menyambut baik pendapat yang disampaikan oleh Hon
Wai.
"GRB ini dilaksanakan bukan ekslusif untuk
wanita sahaja, ini (pendapat Hon Wai) sangat bagus.
"Lelaki sendiri nampaknya ada sensitiviti
gender seperti wanita," ujar beliau kepada wartawan di Dewan Jamuan di
sini.
Selebihnya, Chong Eng berkata, beliau akan
memberi respons penuh pada sesi penggulungan Exco yang dijangka mula pada pagi
esok.
No comments:
Post a Comment